Monday 23 March 2009

Calon Barisan Nasional dan Calon Pembangkang



Pada 15 Mac 2009, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang adalah saudara Mohd Ismail Bin Safian. Beliau merupakan anak tempatan seperti yang dikehendakai oleh pengundi. Beliau boleh dikatakan adik MB Perak sekarang, muka pun ada iras2 juga la. Tapi bukan teman yang ckp, MB sendiri pun cakap begitu. Bagi calon Pembangkang adalah Dato' Ir. Mohd Nizar Bin Jamalludin, bekas MB Perak yang lalu. Calon Barisan Nasioanal adalah anak tempatan, tapi calon pembangkang adalah bekas MB Perak. Persaingan yang hebat dan akan menjadi perhatian dio seluruh negeri. Hanya pengundi yang berhak menentukan pilihan mereka tapi pengundi haruslah membuat pilihan dengan menilai pembangunan, insfrastruktur dan kemudahan yang telah disediakan agar kemudahan yang ada sekarang akan dapat dinikmati hingga ke generasi akan datang. Jangan hanya memikirkan untuk sementara sahaja, fikirkan generasi kita yang akan meneruskan perjuangan untuk memberi kemudahan dan kesenagan kepada rakyat. Ingatlah, calon tempatan telah ditunaikan, hanya undi mereka belum tertunai.

1 comment: