Monday 23 March 2009

Calon Barisan Nasional dan Calon Pembangkang



Pada 15 Mac 2009, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang adalah saudara Mohd Ismail Bin Safian. Beliau merupakan anak tempatan seperti yang dikehendakai oleh pengundi. Beliau boleh dikatakan adik MB Perak sekarang, muka pun ada iras2 juga la. Tapi bukan teman yang ckp, MB sendiri pun cakap begitu. Bagi calon Pembangkang adalah Dato' Ir. Mohd Nizar Bin Jamalludin, bekas MB Perak yang lalu. Calon Barisan Nasioanal adalah anak tempatan, tapi calon pembangkang adalah bekas MB Perak. Persaingan yang hebat dan akan menjadi perhatian dio seluruh negeri. Hanya pengundi yang berhak menentukan pilihan mereka tapi pengundi haruslah membuat pilihan dengan menilai pembangunan, insfrastruktur dan kemudahan yang telah disediakan agar kemudahan yang ada sekarang akan dapat dinikmati hingga ke generasi akan datang. Jangan hanya memikirkan untuk sementara sahaja, fikirkan generasi kita yang akan meneruskan perjuangan untuk memberi kemudahan dan kesenagan kepada rakyat. Ingatlah, calon tempatan telah ditunaikan, hanya undi mereka belum tertunai.

Monday 9 March 2009

Pilihan Raya Kecil P.059 Bukit Gantang


Seperti yang diketahui umum, Pilihan Raya Kecil P.059 Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April 2009 manakala Penamaan Calon pada 29 Mac 2009. Masih menjadi teka-teki dikalngan rakyat, siapakah bakal calon yang akan dipertandingkan..Bagi kami warga yang terlibat secara lansung Pilihan raya, terasa bertapa seksanya. Tiada rehat, cuti hari minggu terpaksa dikorbankan..Tapi bili difikirkan kembali, terasa seronok kerana dapat merasai pengalaman Pilihan Raya Kecil. Parlimen Bukit Gantang menjadi perhatian umum, jadi semua jentera yang terlibat perlu bersiap sedia agar kemenangan dipihak kita. Kita hanya mampu untuk menyampaikan dasar kerajaan tetapi keputusan adalah ditangan pengundi. Kepada pengundi di Parlimen tersebut, buatlah keputusan yang bijak demi sebuah negara yang maju dimata dunia. Buat warga kerja pilihan Raya Kecil Parlimen Bukt Gantang, selamat bertugas. Tunaikan tanggungjawab dengan hati yang ikhlas..