Thursday 14 May 2009

Una...


nie ler anak sedara kesayanganku..Bukan akutak sayang yang lain tapi sayangnyer aku kat dia dah macam anak sendiri..Mungkin sebab masa dia baby dulu, aku tinggal sekali ngan dia, sebab tue kasih sayang aku kat dia lebih sikit..Sekarang dan besar pun, dia cakap dah kjadi gadis. Dah masuk 6 tahun nie, dah matang sikit ler, dah ada perasaan malu. Tapi gedik tue ad juga ler..Gambar nie dihantar oleh mama dia masa dia wakil Tadika bagi petandingan Galah panjang. Baru-baru nie dia dipilih untuk mengiringi Datin Rosmah Mansur masa majlis untuk Tadika. Walaupun hanya mengiringi tapi aku bangga juga ler sebab antara banyak2 Tadika kat KL tue dia dipilih..

Monday 23 March 2009

Calon Barisan Nasional dan Calon Pembangkang



Pada 15 Mac 2009, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang adalah saudara Mohd Ismail Bin Safian. Beliau merupakan anak tempatan seperti yang dikehendakai oleh pengundi. Beliau boleh dikatakan adik MB Perak sekarang, muka pun ada iras2 juga la. Tapi bukan teman yang ckp, MB sendiri pun cakap begitu. Bagi calon Pembangkang adalah Dato' Ir. Mohd Nizar Bin Jamalludin, bekas MB Perak yang lalu. Calon Barisan Nasioanal adalah anak tempatan, tapi calon pembangkang adalah bekas MB Perak. Persaingan yang hebat dan akan menjadi perhatian dio seluruh negeri. Hanya pengundi yang berhak menentukan pilihan mereka tapi pengundi haruslah membuat pilihan dengan menilai pembangunan, insfrastruktur dan kemudahan yang telah disediakan agar kemudahan yang ada sekarang akan dapat dinikmati hingga ke generasi akan datang. Jangan hanya memikirkan untuk sementara sahaja, fikirkan generasi kita yang akan meneruskan perjuangan untuk memberi kemudahan dan kesenagan kepada rakyat. Ingatlah, calon tempatan telah ditunaikan, hanya undi mereka belum tertunai.

Monday 9 March 2009

Pilihan Raya Kecil P.059 Bukit Gantang


Seperti yang diketahui umum, Pilihan Raya Kecil P.059 Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April 2009 manakala Penamaan Calon pada 29 Mac 2009. Masih menjadi teka-teki dikalngan rakyat, siapakah bakal calon yang akan dipertandingkan..Bagi kami warga yang terlibat secara lansung Pilihan raya, terasa bertapa seksanya. Tiada rehat, cuti hari minggu terpaksa dikorbankan..Tapi bili difikirkan kembali, terasa seronok kerana dapat merasai pengalaman Pilihan Raya Kecil. Parlimen Bukit Gantang menjadi perhatian umum, jadi semua jentera yang terlibat perlu bersiap sedia agar kemenangan dipihak kita. Kita hanya mampu untuk menyampaikan dasar kerajaan tetapi keputusan adalah ditangan pengundi. Kepada pengundi di Parlimen tersebut, buatlah keputusan yang bijak demi sebuah negara yang maju dimata dunia. Buat warga kerja pilihan Raya Kecil Parlimen Bukt Gantang, selamat bertugas. Tunaikan tanggungjawab dengan hati yang ikhlas..

Monday 23 February 2009

KenaNGan TeRAkhiR..


Inilah kenangan terakhir buat kami sekeluarga..Gambar diambil pada hari raya pertama 2008..Macam biasa tema kami tahun nie warna merah hati..seperti setiap tahun kami dah berjanji untuk membeli pakaian baru buat kedua ibu bapa..saya mesti untuk ayah ngan mak..Masa pagi raya tue, saya dah berpesan pada ayah supaya balik umah lps sembahyang raya, tunggu punya tunggu ayah tak juga balik..so, kami pun pegi la umah sedara mara..ayah follow kami..bila dah petang, masing2 dah tukar baju raya, ayah punya kakak dan adik dtg umah..jd kami ambil gambar ayah dgn kakan dan adiknya..dgn anak-anaknya ayah xbergambar pun..bila hari raya ke3 saya dan kakak masing balik umah mak mentua..raya ke4 petang, dapat call ayah kemalangan jalan raya..ayah meninggal ditempat kejadian..tiada gambar terakhir kami dengannya..hanya ini yang dijadikan kenagan...

Mee UdAng Oh Mee UdAng..


Alkisah, Mee Banjir Udang Mak Teh kat kuala Sepetang memang toplah terutamanya selepas tersiarnya kat Tv..jadi apa lagi, masa cuti Jubli Emas Sultan Perak saya pun pegi la kat ctue..aduh..banyak keta ingat ke kenduri kawin rupanya itulah kedai mee banjir udang...bila dpt je parking keta..tempat duduk le xder..ramai sgt org..nak tunggu ambik order pun lambat gak lbh kurang 15minit pas tue kena tunggu 11/2 jam lg..baru leh mkn..memang sedap..harganya udang biasa RM 6.00 klu udang laut RM 12.00..berbaloi..klu nak tau cuba ler..kali ke2 saya pegi, mak teh dah pasang khemah..siap ada jual satey lg..pandai betulkan, nak carui duit..tapi apa yg saya puji sikap pekerja makteh yang sentiasa cool, walaupun ramai yg pegi tunggu kat dapur..Cuba le klu nak tau ...

Friday 20 February 2009